Pengehadan kebebasan bersuara Kebebasan_bersuara

Untuk contoh negara-negara lihat Kebebasan bersuara mengikut negara dan Suara jenayah.

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak. Sistem perundangan dan masyarakat secara keseluruhannya mengiktiraf pengehadan pada kebebasan bersuara, terutama apabila hak ini berkonflik dengan nilai atau hak lain.[17] Menggunakan kebebasan bersuara selalu dalam konteks nilai yang bercanggah. Pengehadan pada kebebasan bersuara mungkin berasal daripada "prinsip padah" atau "prinsip menyinggung (perasaan)" seperti dalam konteks pornografi atau "suara kebencian".[18] Pengehadan terhadap kebebasan bersuara mungkin bersumberkan tindakan undang-undang atau kepulauan dari segi sosial.[19] Dalam bukunya "On Liberty" (1859) John Stuart Mill berhujah bahawa "...patutnya ada kebebasan penuh kepercayaan dan penghujahan, sebagai manifestasi keimanan, mana-mana doktrin, sebagaimana tidak bermoralnya ia dikatakan."[19] Mill mendakwa bahawa kebebasan penuh menyuarakan pendapat perlu untuk menolak penghujahan pada batas kelogikannya, berbanding mengikuti pengehadan kemaluan dari segi sosial. Akan tetapi Mill juga memperkenalkan apa yang dikenali sebagai "prinsip padah", dalam meletakkan pengehadan berikut: "satu-satunya cara di mana kuasa boleh digunakan pada apa-apa ahli masyarakat bertamadun, untuk menyekat kebebasan hak bersuara adalah untuk mengelakkan berlakunya keburukan pada orang lain.[19] Joel Feinberg pada tahun 1985 memperkenalkan apa yang disifatkannya sebagai "prinsip menyinggung", menghujahkan bahawa prinsip "padah" Mill tidak tidak mencukupi untuk menentang keburuksikuan orang lain. Feinberg menulis bahawa "Ia sememangnya alasan yang baik dalam menyokong usaha membendung salah laku jenayah berbanding cara yang efektif mencegah dakwaan serius (berbanding kecederaan atau padah) kepada manusia-manusia selain daripada petindak, dan ia mungkin satu cara yang wajar."[20] Maka Feinberg behujah bahawa prinsip padah terlalu tinggi dan beberapa jenis penyataan pendapat boleh diharamkan kerana ia menyinggung perasaan orang lain. Tetapi disebabkan menyinggung seseorang tidak seserius mencederakan seseorang, penalti yang dijatuhkan harus lebih ketat.[20] Sebagai kontras, Mill tidak bersetuju dengan penalty undang-undang sekiranya ia tidak membawa padah yang terus.[19] Disebabkan ketidakseimbangan di mana orang boleh tersinggung, atau menjadi mangsa kepada prejudis, Feinberg mencadangkan beberapa faktor yang perlu diambil kira semasa mengaplikasikan prinsip penyinggungan, termasuk, skop, temboh dan nilai social kesuaraan itu, dan kemungkinan ia boleh dielakkan, motif pencakap, dan jumlah orang yang tersinggung, kebesaran penyinggungan dan kepentingan awam masyarakat..[19]